Thursday, April 26, 2012

ya ALLAH..

assalamualaikum.........

YA ALLAH.......
aku telah banyak melakukan khilaf.....
aku telah banyak bergelumang ngn dosa.....
aku seorang insan yang lemah....
aku xmampu untuk mengawal nafsu dan membantah kehendak syaitan....
aku lalai dari tanggungjawabku.....sebagai hambaMU.....

Ya ALLAH......
aku hanya mampu bersujud dan menadah tangan ke hadrat MU.....
aku xmahu lagi alpa, lupa, lalai dan ingkar dengan suruhan MU....
ya ALLAH...bimbinglah aku, pimpinkanlah aku kejalan yang KAU redhai....
aku hanya mahu berserah jiwa dan ragaku hanya untuk Mu....

YA ALLAH......
andai ku tahu perbuatan ku lepas......
andai ku tahu bahana yang mendatang....
andai ku tahu besarnya nikmatMU kepada ku......
akan ku mahu jadi insan yang bersujud syukur ke hadrat MU.......

p/s....thank you dan ALHAMDULILLAH..........

Wednesday, April 25, 2012

HaTi

kamu.........
saya tersangat tak terkata melihat kamu jauh ngn saya.....
saya tersangat sedih pabila kamu meninggalkan saya....
semua terlalu cepat bagiku.....
sudah 3 sem kita bersama dan sampai sekarang, aku masih tidak dapat kehilangan kau....
aku masih disini mengharapkan suatu keajaiban berlaku.....
sesungguhnya...aku berharap kamu ada disampingku....
dari sem 2 lagi, kita bersama sama menongkah arus getir sewaktu kau dilanda enchek gewe kau....
aku berharap kau adalah satu satunya gadisku....
kau yang bernama AZ........ sentiasa mekar dihatiku...
ntah, kenapa, mengapa, semua ini terjadi.......

Aku cuma harap kau bahagia disana...
dan akan ku doakan kau selalu bahagia....

akan ku hadirkan diri untukmu walaupun sekadar mimpi....
akan ku lintaskan fikiran mu ngn senyumanku....
akan ku bahagiakan mu ngn saat manis kita....
akan ku jadikan kau, suri hidupku di alam seterusnya....

p/s: become more n more tough heart men......

Tuesday, April 24, 2012

say BYE to love...huhuhu


BAGAIMANA CARA UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH?
buang.cinta.putus.cinta
Putus cinta merupakan sesuatu perkara yang menyakitkan. Melupakan orang yang kita sayang dan cintai sangat susah dan rumit. Lebih susah jika itu adalah cinta pertama. Cinta pertama merupakan satu perasaan yang pertama hadir di dalam hidup. Mana mungkin melupakan perasaan pertama itu dengan mudah. Namun, kita perlu akur dengan ketentuan Ilahi bahawa jodoh itu adalah ketentuan-Nya. Panduan dibawah ini mungkin membantu anda melupakan bekas kekasih.
1. Anggap dia tidak pernah wujud
Kita lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita terlebih dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari nanti sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak pernah wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah silam yang memeritkan itu.
2. Jangan hubungi dia lagi
Elakkan SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu membuatkan anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda mempunyai kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui anda masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tidak terluka.
3. Jauhi kawan-kawannya
Elakkan berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana untuk mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan pernah membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam. Jangan pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.
4. Sibukkan diri
Elakkan dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu membuatkan anda mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu untuk membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal, bolasepak, badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.


5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga
Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh menjejaskan kesihatan.
6. Elakkan bersendirian
Jangan sesekali bersendirian kerana saat itu membuatkan anda mudah terfikir kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah terusik apabila bersendirian. Tiada siapa yang menasihat anda ketika bersendirian dan anda mungkin sering salah membuat keputusan. Anda mungkin berada diantara dua, melepaskan dia buat selama-lamanya atau masih berharap untuk mendapatkannya.
7. Pergi beriadah
Beriadah adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari stress dan seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini. Berjoging bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat positif kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan bahagia hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda tetapi masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.


8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Saat-saat manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika seseorang itu dapat melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat manis bersama bekas kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan hilang apabila anda bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu melupakan saat-saat itu.
9. Jangan simpan barang-barangnya
Lumrah bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah sesuatu yang selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang disukai oleh pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk menghadiahkan sesuatu benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul ingin melupakannya sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang dihadiahkan olehnya dari pandangan mata anda atau buang semua barang-barang yang dihadiahkan olehnya itu.
10. Percaya kepada jodoh
Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai hambanya mampu merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh itu pasti datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun dicari. Terimalah hakikat bahawa dia bukanlah lagi jodoh anda.
thank you to SYAZWAN SYAFIQ...for this link....huhuhuhu........... 
p/s: i want be new AMIR IKHWAN ARSENAL...... no more sad and down....... pray for me...:)

PeTeH gAnU PeTeH...

assalamualaikum........
Hari ini....aku post benda lain pulak........benda yang tidak ada dengan perasaan jiwang karat yang ada dalam hati. Hari ni, saat ni, akan ku perihalkan pasal pasukan bola Terengganu. Ntah la, kenapa semenjak dua menjak ni, Terengganu asyik je merundum prestasinye...... aku rasa satu jer sebab, pengurusan yang tidak cepat.... pasni, aku harap la, datuk che mat ngn mat zan mat aris cepat la letak jawatang....sebab kami <3 pasukan kami......... PeTEh GaNu PeTeH........... pIaLa MALAYSIA dan PIALA FA........ milik kami boh...............!!!!



Sunday, April 22, 2012

Noktah Cinta...... :)

assalamualaikum...............

Apa khabar hati ku.....
sihat ke wahai hati.....
masih ada lara dihati ke......
tersakit dan terseksa.......

 tapi..........
wahai hati......
aku bersumpah.....aku xkn meranakan lagi  kamu....
aku xkan seksa lagi kamu....
aku xmahu lagi buat kamu sedih.....
Insyaallah... akan ku semaikanbenih-benih cinta yg baru......
akan ku gapaikan kamu sebuah aspirasi yang hanya menuju kebahagiaan yang hakiki.....
aku tidak pernah mahu lagi...hati ku ini disakiti........

............ akan ku sentiasa tekad  dengan apa yang aku buat...... dan akan ku selalu bawa hati aku ini ke puncak mahligai cinta yang hakiki..................

AKU SAYANG HATI AKU, DAN AKAN KU LUPAKAN APA YANG LARAKAN HATI AKU,  selamat tinggal zaman kelamku.......... <3 my heart......

......sometimes someone has to walk out of your life  for someone better to walk in........ :)

Saturday, April 21, 2012

~~RINDU~~~~~

YA Allah..............
kenapa aku sangat merindui dia............. aku terlalu sayangkan dia...aku tidak mahu kehilangan dia..... kenapa dugaan ini menjerut rasa lara dihatiku..... kenapa aku xsekuat mana-mana laki. kenapa aku lemah YA ALLAH.... aku mahu mencari dia.... aku terlalu sayangkan dia, Ya Allah....

YA Allah...... dah bnyak hari aku berlalu tanpa dia disisi aku........ aku dah cuba lupakan dia, tp kenangan dia membawa aku kedunia igauan manis aku..... aku xmahu dan xpernah terpikir untuk kehilangan dia, walau sesaat dalam hidupku.... aku xmampu menghadapi dugaan ini ya Allah.....

Aku terlalu sakit dengan apa yang terjadi apa yang dilakukannya.....tapi aku xpernah berdendam dan membencinya, tetapi aku terus mencintai dia walau apapun berlaku....

Aku pohon satu dalam doaku Ya Allah..... satukan kami..... aku xpaham apa yang ada dihati aku sekarang, aku cuma mahu dia kembali kepadaku.... dan aku mahu kekalkan hubungan mesra seperti dulu...juz seperti dulu....ya ALLAH........................................................

Andai ku tahu cinta ini berakhir...
Andai ku tahu ia terpadam bara dihati....
andai ku tahu perit nya perasaan ini....
Andai ku tahu sedihnya tak terkata....
Andai ku tahu semua nya hanyalah mimpi ngeri....
Andai ku tahu tiada lagi nafas cinta......
Andai ku tahu sukarnya erti merindui.....
Andai ku tahu seksanya pukulan ini.........

...tidak akan ku lepaskan erti cinta ini... tidak akan ku putarkan masa ini... dan sepasti yang mungkin aku hanya mahu bersama mu hingga akhir waktu diatas keredhaan ILLAHI.........

Wednesday, April 18, 2012

assalamualaikum...........


HATI YANG KAU SAKITI....................

Post jiwang la plop aku pada petang2 gini..... aku pom xtahu kenape lah aku sangat jiwang....... ramai orang kata aku ni muka ganas, takut nk tgur la, padahal xkenal lg aku.... aku bukan la baek sangat tapi mudah la jugop nk kwan ngn orang baru.......

Hati aku, walaupun lelaki, sakit jugop sokmo, xtahu, bila nk baek.... ntah kenapa, setiap kali aku bercinta, ada saja halangan atau dugaan yang melanda hidupku....aku xpham knape , dan apalah yang ade pada diriku.... aku xpham, knaper betapa senangnyer orang minta putus cinta dikala kita pencinta dyer sepenuh hati...... terasa cm disiat2 kulit...pedih sangat.........

Dia..... aku tersangat mencintai dia.... aku terlampau cinta sampai aku sanggup tinggalkan dunia "glamer" aku dulu..... aku sanggup buat apa sahaja utk dye....tapi..... kenape dia xpernah hargai aku... usaha aku... knaper kau?????? apa salah aku..... aku xlayak k untuk mencintai kau........ aku sanggup hidup senang dan susah bersama kau. aku mahu melayarkan bahtera cinta sampai kita berkahwin dan aku benar2 serius ngn kau......

tapi.....knaper kau bgini, knaper kau sanggup menduakan aku.... aku lngsung xmahu n xingin sesiapa dalam hidup aku, kerana hidupku hanya adalah utk berkhidmat utk kau.... kau yang terlalu indah buat aku...... susah senang, kita bersama, dikala kau sunyi, aku mahu disampingmu, tp knaper skunk???? kau........ adakah diriku hanya mampu untuk mencintai dan bukan dicintai????


aku xkan pernah benci cinta, tp aku benci perpisahan......



Tuesday, April 17, 2012

hikayat awal....


assalamualaikum................. 

....my new chapter in my Life..........
lama dah tak buka blog ni sejak bulan 2010. asal usul blog ini diterbitkan adalah masa tengah putus cinta lah katakan......... hati aku xdapat nk luah kt mana2, so, kt blog ni la......... kata orang sharing is caring.... aku share kt blog aku jer........... Hati digamit kenangan yang lama....... hahaha... kelakar, dulu, bermacam- macam kata, cinta itu gila, xnak bercinta lagi lah, berat nanang la cinta, ape lah, padehal aku lupa.... ALLAH yang selalu hadirkan cinta buat kita........ sampai sekarang, chapter bab cinta aku belum habis....... lagu ini mencetus memori aku mase sem 1........ putus cinta katakan.......